Sebanyak 2,851 iklan haram diturunkan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka dalam operasi pemutihan iklan tanpa permit di kawasan seliaannya dari bulan Januari hingga Mac tahun ini.
Setiausahanya Shahdan Othman berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu sebanyak 3,359 iklan haram. Ia sekaligus memperlihatkan keberkesanan operasi membanteras kewujudan iklan berkenaan.
Semalam saja, sebanyak 250 iklan haram diturunkan dalam operasi yang dijalankan di tiga lokasi panas di Bukit Beruang, Batu Berendam dan Bachang membabitkan 15 anggota penguatkuasa.
Tiga lokasi terbabit mempunyai populasi penduduk padat dan menjadi tumpuan bagi syarikat mahupun individu yang tidak bertanggungjawab mempromosi iklan mereka.
Source: https://goo.gl/J4Z4yQ