Menu

header photo

Giat Operasi Turunkan Iklan Haram - Sinar Harian

Bunting Banner Billboard Printing Installation License Permit

 

KUALA KUBU BHARU - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengambil tindakan penguatkuasaan dengan melaksanakan operasi iklan haram yang dipasang tanpa mendapat kebenaran daripada pihak majlis.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MDHS, Khairul Nizam Mohamad Khanafi berkata, menerusi operasi yang dilaksanakan tersebut, sebanyak 12 unit
iklan tidak berlesen telah diambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan (MDHS) 2007.

Menurut Khairul Nizam, operasi yang disertai sembilan anggota itu bertujuan membanteras pemasangan papan tanda atau iklan tunjuk arah yang mencacatkan pemandangan sekali gus boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Tindakan ini bertujuan supaya pihak-pihak terlibat dapat menggunakan saluran yang betul bagi meletakkan
iklan mereka di bahagian tepi jalan,” katanya sambil memberitahu tindakan yang diambil merangkumi kesemua struktur papan iklan, papan tanda tunjuk arah dan papan tanda syarikat.

Khairul Nizam berkata, sebelum ini, pihak MDHS telah mengeluarkan notis kepada pemilik-pemilik
iklan berkenaan melalui kaedah tampalan di struktur yang didirikan.

“Kesemua
iklan yang terlibat telah diberi tempoh tujuh hari untuk diturunkan melalui notis yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Nizam mengingatkan bahawa mana-mana pihak yang ingin memasang struktur
iklan perlu mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Bahagian Pelesenan MDHS terlebih dahulu.

Menurut Khairul Nizam, kegagalan untuk memperoleh kebenaran daripada pihak majlis akan menyebabkan pihak berkenaan dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh MDHS.

“MDHS akan menyediakan
papan iklan khas di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti bagi membolehkan penyeragaman struktur papan iklan dilakukan. Mana-mana pihak yang berminat boleh membuat permohonan secara bertulis selepas ini kepada Jabatan Pelesenan MDHS serta Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaranya MDHS,” katanya.

Source: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/giat-operasi-turunkan-iklan-haram-1.385897

Go Back

Call Us Now!

BuntingMax.com.my
(Wholly owned by E-Maximus Solution Sdn Bhd)

buntingmax.com.my eppy tan
Eppy Tan

buntingmax.com.my zairul
Zairul

Mobile: +6011 2729 8425

(Eng / B.M / 华语 / 粤语 / 闽南语)

buntingmax whatsapp contact
Click Here Whatsapp Chat Now! (Mobile Version Only)

 
 
 
Office:
3A, First Floor, Persiaran Pegaga,
Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor.
Malaysia.
 
 
 

Let Us Call You!

*We will contact you via email as primary and mobile as secondary.